DIANA DANIELLE DIUGUT ROGOL RAMAI-RAMAI
loading...
“Saya bukan seorang pendendam tapi keselamatan dan maruah saya dipijak-pijak oleh lelaki yang ada latar belakang pengawal peribadi yang mendoakan kehancuran keluarga saya.
“Jangan menulis perkara seperti itu dan mengharapkan saya untuk mengabaikan potensi bahaya dan ancaman yang telah anda lakukan terhadap saya,” ujar pelakon Datin Diana Danielle yang menganggap komen berbaur ugutan rogol yang dimuatnaik seorang individu di media sosial sebagai tindakan keterlaluan.
Menerusi perkongsian di ruangan Insta Story, isteri pelakon Datuk Farid Kamil turut memuatnaik komen seorang individu yang menggunakan nama akaun Facebook ‘Ismail Upahan’ yang mengajak netizen untuk merogol isteri Farid Kamil secara beramai-ramai. Komen netizen yang dianggap sebagai ugutan dan mengancam keselamatannya.
Tambah pelakon ‘Raisha’ itu, dia menganggap perkara itu sebagai gangguan seksual dan meminta keluarga lelaki berkenaan tidak cuba menghubunginya berikutan tindakan yang bakal diambil.
Klik untuk gambar besar
Diana berkata, perkara itu bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main biarpun sekadar komen di laman sosial.
“Rogol perkara main-main ke? Jika orang tidak dikenali ajak orang ramai rogol isteri kamu dan ajak kamu bergaduh dan mendoakan kehancuran keluarga kamu, kamu rasa perlu untuk baik hati? Sedangkan perkara yang bukan masalah kamu pun kamu emosi!” ujarnya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu bercadang membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang meninggalkan komen berbaur ugutan terhadap dirinya di media sosial.
Katanya, tindakan keterlaluan hingga sanggup mengajak individu lain merogolnya secara beramai-ramai jelas dilihat sebagai ancaman dan memperkotak katikkan maruahnya sebagai wanita, isteri serta ibu.
“Beritahu saya, patutkah saya membuat laporan polis? Ya, saya perlu! Apa salah saya pada kamu sampai kamu lupa ajaran agama?
“Kata anak jantan. Anak jantan sebenar takkan sentuh perempuan, apa lagi nak merogol. Ingat kamu seorang sahaja yang tak takut? Saya pun tak takut pada kamu,” katanya lagi pada paparan gambar berkenaan.
Rata-rata pengikut di laman Instagram menyokong tindakan Diana mengajukan ugutan terbabit kepada pihak berwajib demi keselamatan diri dan keluarganya.
www.myartis.com / Sumber: mStar & Harian Metro
loading...
Post a Comment