Ini Respon terakhir Adib khas buat rakyat Malaysia, Allahu, memang sebak
loading...
Semalam rakyat Malaysia diminta berdoa untuk kesihatan Anggota Bomba Mohammad Adib apabila beliau dikatakan kriitikal di IJN.
Malah hari ini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah telah mengadakan solat hajat untuk Adib.
Solat hajat untuk Adib
ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah hari ini, mengadakan majlis bacaan Yassin dan solat hajat serentak di 19 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) negeri ini, bagi mendoakan kesejahteraan rakan mereka, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang kini kritikal.
Pemangku Pengarah JBPM Kedah, Mohd Zahar Abdullah, berkata pihaknya mengharapkan kesembuhan buat anggota kelahiran negeri ini yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.
Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan keadaan Muhammad Adib kini kritikal dan berharap berkat solat hajat, tahlil dan bacaan Yasin yang dilakukan akan memberi kesembuhan kepadanya.
“Majlis ini diadakan selepas waktu Zohor tadi dan kita berharap ada berita baik mengenai keadaan terkini Muhammad Adib,” katanya ketika ditemui selepas majlis di BBP Alor Setar hari ini.
Dalam majlis itu, seramai 50 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah dan anggota BBP Alor Setar mengadakan bacaan Yassin dan solat hajat.
Sementara itu, Pegawai Zon 1 Kota Setar, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, pihaknya mengharapkan Muhammad Adib kembali pilih dan menjalankan tugas seperti biasa.
Akhbar semalam melaporkan keadaan kesihatan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat parah dalam kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya, bulan lalu dilaporkan merosot.
IJN menerusi satu kenyataan hari ini berkata, fungsi paru-paru Adib di dalam tempoh 24 jam yang lalu mengalami kemerosotan dan penilaian yang teliti menunjukkan tanda yang menyebabkan proses pertukaran gas tidak efektif.
Adib Sudah Tiada
Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan meniinggal dunia pada 9.41 malam tadi.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengesahkan perkara itu ketika melawat Allahyarham di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah pagi esok untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa menaiki helikopter untuk pulang ke kampung halaman di Kedah bagi proses pengebumian selepas solat Zohor.
Respon terakhir Adib tunjuk ‘thumbs up’ khas buat rakyat Malaysia sebak..
Alhamdulillah, gambar terkini Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, hari ini menunjukkan keadaan kesihatan beliau semakin baik. Malah, dia juga mampu mengangkat tangan sambil menunjukkan isyarat bagus saat gambarnya dirakam.
Menerusi kenyataan Institut Jantung Negara (IJN), jantung anggota bomba berkenaan dapat berfungsi sendiri sejak menggunakan sistem Veno-Venous ECMO pada Ahad lalu.
Selain jantung, bahagian paru-paru kirinya turut menunjukkan perkembangan positif. Buat masa ini, beliau masih memerlukan bantuan oksigen dan pernafasan yang lebih sedikit sejak malam tadi.
Namun, Muhammad Adib perlu menjalani rawatan dialisis meskipun buah pinggang sudah bertambah baik.
Dalam perkembangan sama, anggota bomba itu sedang menjalani rehabilitasi paru-paru dan senaman anggota badan bersama pegawai fisioterapi IJN.
Sementara itu, keluarga anggota bomba terbabit mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kesihatan Muhammad Adib.
Dalam pada itu, mereka juga membenarkan untuk menyiarkan gambar terkini beliau. – MHE TV
Sumber gambar: Utusan
Sumber Artikel : HMETRO ONLINE
loading...
Post a Comment