Pasangan Pengantin Jadi Tak Tentu Arah Bila Tok Kadi Tuduh Pengantin Pernah Main Sebelum Akad Nikah. Inilah Punca Tok Iman Tuduh Buat Ramai Terkejut

loading...


Tok Kadi di Terengganu
Aku ni orang utara, tapi aku cukup suka dialek Terengganu (bukan bahasa Terengganu ye, bahasa tetap Bahasa Malaysia. Eh, ke Bahasa Melayu? Ahhh…tibai la!). Bagi aku comey sangat dialek Ganu ning.
Balik dari makang sata kat Kemamang dulu… sepanjang jalang (eh?) aku dok test power cakap dengan dialek Ganu. MrHubby la tukang editor nye, sebab dia terer banyak dialects walaupun dia Johorean.
Okay…jom baca lawak ni. Jenuh aku tersenyum-senyum dari tadi… Suatu hari masa majlis akad nikah di Terengganu… Sebelum akak nikoh, Tok Kodi ngesoh name IC pengatin laki. Kodi kata nok tanye soalang skit. Pengatin laki debo doh ni.
Kodi: Lame dah kenal hok puang ni?Pengantin: Dalam 2 tahun lebih.Kodi: Hoo molek la…mesti gi dating sokmo ni dok?
Pengantin: Kadang-kadang je Tok. Dia dok Terengganu, saya dok KL.
Kodi: Doh xjupe, org muda leni orang ngorat wat sek sokmo la ni.
**terangkat punggung pengantin lelaki dan wali dengor soalan tu***
Pengantin: Mana ada Tok, kang haram!
Kodi:Bakpe haramnye? Kang ada niat nok nikoh. Wat sek la. Barang percume!
Wali: Hoi! Mung Tok Kodi jangang wat aib anak nantu aku gitu depang orang rama ning!!!!
Kodi: Cer wat mari talipon mung aku nk cek
***kodi mitok ngan pengantin***
Pengantin: Talipon saya ikut suka saya la nk save menda pun.
Wali: Wi la awang eh, kalu mu rasa mu dok wat
***ketor tangan pengantin bagi fon ke kodi, muka meroh merang doh***
Kodi: Doh ni fail natang ape? Wat sek la ning. Ke org panggil menda gining?
***wali cepat2 bangun gi tengok, pengantin pun sama naik…saksi bejerebat atas belakang***
Dan ramai-ramai pakat kata…
“oooo WHATSAPP!!!”
Bulan Madu Tiga Anak Dara
Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan
mereka secara serentak.
Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan.
Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut.
Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan “Nescafe” yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan “Nescafe” di akhbar yang berbunyi “Nikmatnya tak terhingga”, maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.
Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi ” Standard Chartered Bank”. Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud “Besar, Teguh dan Peramah”, maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut.
Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan “MAS”. Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka
mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan “MAS” namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi, “Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu…”
Pasangan Lanjut Usia
Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, diatas katil… sepasang suami
isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.
Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu…
Si isteri bersuara,
“Dulu-dulu tu….. abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido.” Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.
Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi, “Kemudian tu…. abang selalu cium saya.” Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.
Lepas tu sambung tido balik. Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, “Kemudian tu… abang selalu gigit-gigit leher saya…”
Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu. Si isteri bertanya, “Abang nak gi mana tu?”
Dengan marah suaminya menjawab, “Nak gi amik gigi la ni!!!” News Today
Sumber : kumbang terbalik
loading...

No comments

Powered by Blogger.