Tak peduli Apa nak kata saya rindu atau gila talak – Rita Rudaini
loading...
PELAKON Rita Rudaini tidak mengambil endah dengan kata-kata negatif terhadapnya apabila dia memuat naik foto anak-anaknya bersama bekas suami, Aidil Zafuan di laman Instagram.Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 42, berkata Dia tidak kisah jika ada netizen yang menganggap dirinya gila talak atau rindu pada bekas suaminya itu.
“Saya muat naik foto anak dengan bapa mereka saja. Bukan orang lain pun. Tak kan saya nak letak gambar anak-anak dengan lelaki lain pula.
Rita Rudaini.
“Benda positif pun saya kena kecam. Kalau tak letak, netizen persoalkan pula. Orang suka hati nak tuduh saya macam-macam.
“Tapi saya tak peduli, orang nak kata saya gila talak ke rindu ke, hanya Allah saja tahu niat saya,” kata Rita kepada mStar Online.
Rita ditemui ketika pusingan akhir Pencarian Gadis Panca MyBeauty 2018 di Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Sebelum ini, Rita ada memuat naik foto anak-anaknya, Rayyan dan Arjuna bersama pemain bola sepak negara itu di laman sosialnya dan mendedahkan ada pihak yang kurang senang melihat hubungan baik mereka.
Rita rancang bawa anak-anak pergi umrah.
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar dan Aidil berkahwin pada 2008, namun bercerai pada September 2013.
Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini di bawah jagaan Rita.
Dalam pada itu, Rita ada merancang untuk membawa dua orang anak lelakinya pergi umrah pada tahun hadapan.
“Sebelum ini, saya pernah bawa Rayyan ketika usianya dua tahun. Kali ini, saya teringin bawa adik pula bersama.
“Dia pun ada bertanya dan sekarang dah pandai solat. Saya cakap dengan mereka, doakan rezeki mummy murah tahun hadapan dan dapat pergi umrah,” ujarnya.
PELAKON Rita Rudaini mendedahkan ada sesetengah pihak yang tidak senang melihat hubungan baiknya dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan.
Rita, 42, berkata pihak berkenaan seolah-olah cuba melaga-lagakan dirinya dan pemain bola sepak negara itu hingga menyebabkan anak-anaknya yang menjadi mangsa.
“Ada manusia yang tidak senang dan goyang kalau kami berbaik. Walaupun demi anak-anak. Gigihlah cuba nak lagakan kami.
Rita dedah ada pihak tidak senang melihat dia dan Aidil berbaik semula.
“Anak-anak kami jadi mangsa. KEJI dan JIJIK. AIDIL dan RITA ni jangan bagi dekat, jangan bagi baik.
“Kenapa ek? Adakah kalau kami dekat dan berbaik, kami jadi seperti lagu Stacy ‘Bergabung Meletop‘?,” katanya.
Rita membuat pendedahan itu menerusi laman Instagram miliknya dan mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersyukur hubungan dia dan Aidil sudah pulih.
Dalam pada itu, aktres ini memberitahu dia tidak kisah sekiranya pihak berkenaan cuba merancang sesuatu untuk memutuskan hubungan baik antara dia dan bapa kepada anak-anaknya itu.
Bagi Rita, dia percaya satu hari nanti Allah akan menunjukkan perkara yang benar kepada Aidil.
Anak-anak dibawah jagaan Rita.
“Rancanglah macam mana pun, buatlah macam mana pun. Biarpun beribu tahun, sistur (kakak) okey ja.
“Sebab sistur percaya, satu hari nanti, TUHAN akan bisikkan hanya BENAR pada Daddy Ryanjuna,” ujarnya.
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar dan Aidil berkahwin pada 2008, namun bercerai pada September 2013.
Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini di bawah jagaan Rita.
loading...
Post a Comment