‘Dah macam nak kiamat’ – Saksi kongsi gambar kemusnahan akibat ribut di Perlis

loading...
HUJAN lebat berserta angin kencang dengan kelajuan 37 knot (68.7 kilometer sejam) yang melanda seluruh daerah di Perlis malam tadi mengakibatkan kemusnahan kediaman, pokok tumbang dan kerosakan fizikal premis-premis perniagaan.



 Antara lokasi dilaporkan terjejas teruk dalam kejadian itu ialah kawasan sekitar Bintong, Seriab, Abi Tok Hashim dan Kuala Perlis dengan anggaran kerugian mencecah jutaan ringgit.

Seorang pengguna Twitter, Farhan sempat berkongsi gambar-gambar dan video kejadian tersebut di laman sosial miliknya.



Menerusi video yang dikongsi, memaparkan beberapa buah gerai telah runtuh ditiup angin kuat, malah orang ramai yang berteduh di dalamnya dilihat berada di dalam ketakutan.
Sebelum kejadian ribut ini berlaku, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran mengenai ribut petir yang akan melanda kawasan Perlis dan Kedah.
Menurut jurucakap Sekretariat Agensi Pengurusan Bencana Negeri (APBN), sejumlah 92 rumah dan 38 sekolah mengalami kerosakan teruk selain turut menerima 157 laporan kes pokok tumbang di pelbagai kawasan.




Sementara itu di media sosial, netizen mendoakan agar penduduk Perlis dapat bersabar di atas kejadian yang menjejutkan itu.
Mereka turut menaikkan tanda pagar #prayforperlis di laman Twitter yang kini viral sejak malam tadi.




loading...

No comments

Powered by Blogger.