Tok Pa keluar UMNO: KJ bantai Zahid Hamidi kaw-kaw

loading...
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ) menyifatkan keputusan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar UMNO disebabkan kerjasama parti itu dengan PAS.


Menerusi kemaskini Tweet di akaunnya, beliau mengakui turut menerima serangan daripada dalam partinya.
“Saya lantang dalam memperingatkan parti saya untuk menentang kerjasama dengan PAS.
“Dan saya telah menerima padahnya dengan menerima serangan dari dalam parti selama ini.
“Sekarang kita telah kehilangan pemimpin dari dalam parti ini. Seorang yang bijak dan baik,” memetik Tweet itu.
Beliau turut menujukan sesuatu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi:
“This is on you, Mr President”
I have been vocal in cautioning my party against this alliance with PAS. And I bore the brunt of attacks from within. Now, we have lost a leading light of our party. A brilliant and good man. This is on you, Mr Presiden.
Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum itu mengumumkan keluar daripada UMNO selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu.
Dalam satu kenyataan beliau berkata keputusan itu dibuat setelah melakukan pemerhatian tentang landskap politik Malaysia, hala tuju UMNO dan Barisan Nasional serta masa depan negara.
“Berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir ini, saya berpandangan bahawa usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar.
“Tidak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini,” jelasnya dalam kenyataan itu.
loading...

No comments

Powered by Blogger.