Siti Kasim Pula Bersuara.. Dakwa Arw4h Adib Bukan Dipukul Perusuh

loading...
SHAH ALAM – Ketika seluruh rakyat Malaysia bersedih dengan berita Muhammad Adib Mohd Kassim yang meningg4ll dunia dipukul sekumpulan perusuh dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, aktivis kontroversi, Siti Kasim pula mempunyai teori sendiri berhubung kemaatian anggota bomba itu.


Peguam itu berpendapat, Allahyarham Muhammad Adib bukan cedeera akibat dipukull perusuh sehingga membawa kepada kemaatiannya.
Menurutnya, jika Muhammad Adib dipukull peserta rusuhan, anggota bomba itu pasti akan cedera di muka, bahu, tangan dan sebagainya.
“Sama ada perbuatan jenayah atau kemalangan, kita mesti menunggu siasatan akhir. Kecederaan yang didakwa yang dialami oleh pemuda itu, begitu menggangggu saya. Ia tidak kelihatan seperti kerja kumpulan orang ramai,” tulisnya.
Siti Kasim Pula Bersuara.. Dakwa Arw4h Adib Bukan Dipukul Perusuh
Sementara itu di ruangan komen, Siti Kasim berbalas-balas komen menyatakan pendapat mereka dengan mengeluarkan ‘teori’ bahawa kemungkinan ada perkara yang cuba disembunyikan dalam kes ini oleh pihak bomba kerana ingin menutup kelemahan mereka seperti tragedi lemas yang melibatkan 6 anggota mereka sebelum ini.
Mereka juga berpendapat Allahyarham Muhammad Adib dilanggar jentera bomba sebagaimana dakwaan pihak kuil sebelum ini.
Siti Kasim Pula Bersuara.. Dakwa Arw4h Adib Bukan Dipukul Perusuh
Malah Siti Kassim juga telah berkata, orang rasional dan ‘right minded people’ tidak akan fikir bahawa Allahyarham Muhammad Adib telah dipukul, hanya orang yang otaknya penuh kebencian akan berfikir sebegitu.
Siti Kasim Pula Bersuara.. Dakwa Arw4h Adib Bukan Dipukul Perusuh
Allahyarham Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.41 malam tadi, selepas 21 bertarung nyawa akibat dipukul perusuh dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, 27 November lalu.
Sumber: Suara TV
Baca Seterusnya..
Ini kata2 JK kuil Sw Ramaji, selepas kemaatian Adib….
JK kuil hiba, mahu dalang dihukum
Ini kata2 JK kuil Sw Ramaji, selepas kemaatian Adib....
Pengerusi Jawatankuasa Khas Selamatkan Kuil Mariamman Seafield, Sw Ramaji menyatakan rasa sedih atas berita pemergian anggota bomba Muhammad Adib Kassim.
Beliau menggesa pihak berkuasa menghukum mereka yang terlibat dan dalang di sebalik insiden ganas itu.
“Kami sangat hiba dan pilu dengan berita anggota bomba Muhammad Adib Kassim meninggal dunia akibat cedera semasa menjalankan tugas di Seafield.
“Kami menggesa pihak berkuasa menjalankan penyiasatan dan membawa semua yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
“Pihak berkuasa bukan sahaja harus menangkap pelaku tetapi juga orang yang berada di belakang pelaku.
“Mereka mesti dihukum kerana tindakan ganas mereka bukan sahaja menyebabkan kematian seorang penjawat awam tetapi juga menjejaskan perjuangan kami untuk mengekalkan kuil Seafield di lokasi sekarang.
“Keganasan bukanlah jalan penyelesaian untuk sebarang masalah. Dan orang-orang yang terlibat atas alasan apa pun perlu disiasat dan dihukum dengan sewajarnya,” katanya.
Semalam, Adib menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung nyawa selama hampir tiga minggu.
Anggota bomba berumur 24 tahun itu dikejarkan ke lokasi rusuhan pada 27 November lalu akibat pertikaian mengenai tanah kuil di USJ 25, Subang Jaya.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi berhampiran, perusuh menyerang lori bomba dan van perubatan yang menyebabkan Adib dan rakannya yang lain terpaksa berundur.
Muhammad Adib dilaporkan diheret keluar dari kenderaan yang dinaikinya sebelum dipukul dan menyebabkan beberapa tulang rangkanya patah selain mengalami kecederaan dalaman.
‘Maafkan kami, Adib’
Ini kata2 JK kuil Sw Ramaji, selepas kemaatian Adib....
Baca Seterusnya..
Ini Luahan Tun M Selepas Mendengar Berita Pemergian Muhammad Adib
Semalam rakyat Malaysia diminta berdoa untuk kesihatan Anggota Bomba Mohammad Adib apabila beliau dikatakan kriitikal di IJN.
Malah hari ini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah telah mengadakan solat hajat untuk Adib.
Solat hajat untuk Adib
Ini kata2 JK kuil Sw Ramaji, selepas kemaatian Adib....
ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah hari ini, mengadakan majlis bacaan Yassin dan solat hajat serentak di 19 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) negeri ini, bagi mendoakan kesejahteraan rakan mereka, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang kini kritikal.
Pemangku Pengarah JBPM Kedah, Mohd Zahar Abdullah, berkata pihaknya mengharapkan kesembuhan buat anggota kelahiran negeri ini yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.
Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan keadaan Muhammad Adib kini kritikal dan berharap berkat solat hajat, tahlil dan bacaan Yasin yang dilakukan akan memberi kesembuhan kepadanya.
“Majlis ini diadakan selepas waktu Zohor tadi dan kita berharap ada berita baik mengenai keadaan terkini Muhammad Adib,” katanya ketika ditemui selepas majlis di BBP Alor Setar hari ini.
Dalam majlis itu, seramai 50 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah dan anggota BBP Alor Setar mengadakan bacaan Yassin dan solat hajat.
Sementara itu, Pegawai Zon 1 Kota Setar, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, pihaknya mengharapkan Muhammad Adib kembali pilih dan menjalankan tugas seperti biasa.
Akhbar semalam melaporkan keadaan kesihatan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat parah dalam kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya, bulan lalu dilaporkan merosot.
IJN menerusi satu kenyataan hari ini berkata, fungsi paru-paru Adib di dalam tempoh 24 jam yang lalu mengalami kemerosotan dan penilaian yang teliti menunjukkan tanda yang menyebabkan proses pertukaran gas tidak efektif.
Adib Sudah Tiada
Ini kata2 JK kuil Sw Ramaji, selepas kemaatian Adib....
Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan meniinggal dunia pada 9.41 malam tadi.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengesahkan perkara itu ketika melawat Allahyarham di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah pagi esok untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa menaiki helikopter untuk pulang ke kampung halaman di Kedah bagi proses pengebumian selepas solat Zohor.
Saya amat sedih… – Tun Mahathir
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad amat sedih dengan berita anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim meninggal dunia pada Isnin malam.
Jenazah Muhammad Adib dibawa pulang ke Kedah untuk dikebumikan.
Menerusi akaun Twitternya, Dr Mahathir mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
“Innalillahiwa innailaihi rajiun. Saya amat sedih menerima berita ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman.
Innalillahiwa innailaihi rajiun
Saya amat sedih menerima berita ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman. Takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib atas pemergian beliau.
Al-fatihah.
Muhammad Adib disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam ini –
“Takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib atas pemergian beliau. Al-fatihah,” katanya.
Muhammad Adib, 24 tahun, yang parah dipukul susulan insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu, meninggal dunia pada pukul 9.41 malam tadi.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin di Institut Jantung Negara (IJN).
Muhammad Adib dipindahkan ke IJN selepas mengalami kecederaan parah akibat diserang susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lalu.
Jenazah Muhammad Adib akan dibawa pulang ke Kedah pada malam ini untuk dikebumikan.
Pada Ahad, IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesiahatan Muhammad Adib kembali merosot dengan fungsi paru-parunya yang menurun tahapnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular
Sumber: HM via KL viral
loading...

No comments

Powered by Blogger.