Kantoi Sajat Kuat Main Sabun, Pendedahan Lelaki Ini Cetus Rasa Kelakar Dikalangan Netizen.

loading...

Usahawan produk kecantikan dan kosmetik, Nur Sajat tampil memberi penjelasan berhubung kekecohan mengenai pendedahan namanya ketika dihadapkan ke mahkamah membabitkan kesalahan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan bagi tahun 2014.
Bercakap kepada mStar Online, Nur Sajat berkata, laporan media yang menyebut nama beliau sebagai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman adalah tidak benar.
“Bukan, ianya tidak betul. Nama saya bukan Muhammad Sajjad tapi nama penuh saya Sajat Kamaruzzaman.
“Nama dalam IC (kad pengenalan) hanya S…A…J…A…T, Kamaruzaman. Tak ada Muhammad pun,” katanya ketika dihubungi pada tengah hari Khamis.
Mengenai nama Nur Sajat yang digunakan, ahli perniagaan berusia 33 tahun itu berkata, ia sekadar nama panggilan di laman sosialnya seperti Instagram dan penggunaan nama syarikat miliknya sahaja.
Dalam masa yang sama, Nur Sajat mempertikaikan  laporan media yang hanya menyebut namanya saja sedangkan kes tersebut membabitkan nama syarikat kosmetiknya dan bukan atas kapasiti individu.
“Kes tersebut antara syarikat saya dengan mahkamah dan Kastam kenapa mereka (media) tak sebut nama syarikat saya? “Okay, saya tahu sebab saya merupakan selebriti dan ramai mengenali saya, tetapi mereka sebut nama saya pun salah,” katanya.
Berkaitan isu beliau tidak membawa kad pengenalan semasa di mahkamah, beliau mendakwa ada membawa kad pengenalannya pada waktu tersebut.
“Membawa kad pengenalan tu kan penting. Saya biasanya tak bawa IC bila ke luar negara, sebab saya bawa pasport,” tegasnya lagi.
Sehubungan itu, beliau yang juga mengusahakan perniagaan emas menyeru masyarakat terutama netizen supaya tidak berterusan membuat tuduhan atau melemparkan kata-kata yang mengaibkan sebelum merujuk kepada sumber yang sahih terlebih dahulu.
Rentetan dari padu isu yangbtimbul itu, beliau ditanya adakah dia sedia menunjukkan kad pengenalannya bagi mendedahkan nama sebenar kepada umum tanpa mendedahkan butiran lain pada dokumen pengenalan tersebut, Nur Sajat berkata, tiada sebab mustahak untuk beliau berbuat demikian semata-mata mahu memenuhi permintaan orang awam.
“Kenapa saya kena tunjuk IC semata-mata nak puaskan hati mereka. Nanti orang salah guna, sekarang ni dah makin ramai scammer (penipu), jadi saya perlu lebih berwaspada.
“Sepwrti yang semua sedia maklum, Kad pengenalan adalah dokumen pengenalan peribadi, kenapa kena tunjuk kat orang ramai?
Jadi, hormatilah privasi saya,” katanya sambil menambah akan mendapatkan khidmat nasihat peguamnya sekiranya terdapat isu yang boleh menjejaskan reputasinya dan mengaibkannya sebagai seorang usahawan.
Semalam, Nur Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST kepada Kastam Diraja Malaysia.
Sajat yang dihukum mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Kastam, Noor Asyikin Md Rodhi sementara ahli perniagaan itu tidak diwakili peguam dan membayar denda.
Namun apabila tersebarnya maklumat peribadi Nur Sajat seperti nama yang tertera di kad pengenalannya, ramai yang merasa was-was dengan penjelasan beliau.
Antara komen netizen adalah, mustahil kenyataan yang dikeluarkan oleh mahkamah bercanggah dengan laporan di media sosial
Sebagai contoh, mahkamah tersalah menyebut nama tertuduh dan laporan bahawa beliau tidak membawa kad pengenalan tidak bertepatan dengan maklumat yang didedahkan media.
Sejurus kemudian, seorang individu didapati memuat naik video yang mempersenda jutawan kosmetik tersebut sehingga mendapat sambutan oleh netizen.
Video yang berdurasi hampir 10 minit itu berjaya menimbulkan rasa geli hati dan dikongsikan oleh ramai pemilik akaun media sosial seperti fb, instagram dan tweeter.
Jom tonton :
Sila komen dan share selepas tonton.

Sumber: lubokviral
loading...

No comments

Powered by Blogger.